Thursday, 2 February 2012

~KERANA KAU AKU BERDUKA~


~KERANA KAU AKU BERDUKA~

Aku ada hati tapi mengapa selalu kau luka..
Aku ada mata tapi mengapa harus melihat kau dan dia..
Aku ada telinga tapi selalu mendengar kau berdusta..
Aku juga ada cinta namun tak pernah kau buat bahagia..

Mengapa kerap kau buat berduka..
Puaskah hatimu melihat aku dirundung lara..
Tidakkah kau sedikit merasa hiba..
Melihat aku menangis menitisikan airmata..

Mengapa kau buat aku begini sengsara..
Sebanyak mana harus kutumpah airmata..
Sekarang pun aku sudah tenggelam oleh airmata derita..
Kaulah penyebabnya..

Kaulah yang menjadikan aku menderita..
Kaulah yang mengundang hujan diangkasa..
Kaulah yang membanjiri kolam hatiku dgn air dusta..
Semuanya kerana kau,kerana kau jiwaku nestapa..

....Jiwaku Rita....2.58pm 2/2/2012

No comments:

Post a Comment